SHOPPING DI WEBSITE OVERSEA

Halu...
Lama tak bersiaran. Tapi kali ini nak bercerita mengenai cara - cara nak shopping online di website oversea. Kebanyakannya (tapi boleh dikatakan semua kot) yang tidak dapat pos direct ke Malaysia. Tapi sekarang ni, apa je yang xboleh? Semua boleh (kecuali nak buat ciptaan Allah la mmg xboleh sama sekali). 

Ok so, kite ni kaki shopping online. Lazada, Shopee, 11Street, Lelong, Ig, FB semua la.. Tapi sekarang kan trend beli baju branded baby dari website diorang sendiri kat US nuh.. Antaranya brand Carter's, GAP, Raplh Lauren dll.. Boleh kata kebanyakannya baju baby la yg femes nye. So biasalah memula tu start dr IG la. Ramai Personal Shopper (PS) yang buat service belikan baju/barang dari website2 oversea ni. Tapi bila kita convert sendiri mmgla murah nak banding dgn harga PS ni quo kan tp yelah kena faham diorang nak bayar kos2 lain lagi, contoh pos, tax segala bagai tu supaya barang yang order tu selamat sampai. Biasa diorang ambil 1 baju/barang up RM5-RM15. So nasib2 la kan dapat PS yang bagi harga murah ke mahal ke. 

So, bila terasa nak sangat la shopping sendiri, cari la maklumat...cari2 ada la orang Malaysia kan oversea nuh offer virtual address. Tapi of course la ada charge kan. Bukan senang nak handle barang2 yang diorder ni. Nak repack dan pos lagi. So, kuota diorang bagi mmg la terhad kan. Diorang pun simpan kat rumah je kan. 

Tp la ni rasa berminat sgt sbb ada website yang handle semua ni. Kita shopping, hantar pada alamat yang diorang bagi, then bila sampai, diorang akan repack dan pos kan kat Malaysia (who is kita la😏).. So kite pun try le. mmg tawakal je ok.. Kalau spammer mmg nasib tak baikla.. Tapi before try mmg dh survey siapla website tu. So, ada la website ni yang mengenakan cas murah aje RM15/lb (0.453kg). so murahla sbb dia ikut berat. Tak perlu nak penuh kotak baru jalan. website tu namanya buyandship .. So memula, kenala register. Dah register, diorang akan bagila alamat dengan nickname kita so that bila parcel smpi diorang tahu la sapa punya. Ada 4 Negara diorang cover US, UK, Japan dan Korea. So dah dapat alamat, bolehla shopping. Register la kat website yang nk shopping pakai alamat yang buyandship bagi. Kalau credit card anda xboleh diterima, register Paypal. Tapi convert rate dia mahal sikitla. beza beberapa sen je la....Bila dah shopping sakan ni, Once dah dapat tracking no, cpt2 isi dalam buyandship so that diorang tahu ada barang bakal sampai.


Tunggu update berkenaan dengan shipment kite tu ke warehouse buyandship. Dah sampai warehouse  buyandship, diorang akan hantar notification via emel. So bolehla kita tahu barang kita dimana. Setelah itu, mereka akan hantar ke warehouse Hongkong (HK). Di sana la nanti kita akan decide sama ada nak proceed pos ke Malaysia atau tak. Kot la korang beli di banyak website, so nak pos sekalikan. TAPI!!!!! nak pos sekali boleh, jangan lebih RM500. Kalau lebih, xpasal2 korang akan dikenakan TAX!!!! Harga tax boleh shopping 2,3 helai baju lagi tau.

so ini la dia hasilnyaaaaaa


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Audiologi- Penting untuk Elakkan Pelat

Masakan Mr. Suami