POTTY TRAINING UNTUK ANAK YANG BERMASALAH PENDENGARAN

Assalammualaikummmmmmmm semuaaaaa!!


Ya ampun... Rasenya lama sgt dah xtulis blog ni.. almaklumlah haku ni bukan blogger tegar.... i become a blogger just to share with u what i know from my experience... cewahhhh...speaking london plak... wateverla kan.. So skrg ini aku ada benda baru nak kongsi iaitu "POTTY TRAINING"... ya....it's simple and so - so je tajuk but??????? ini adalah untuk anak yang Speech Delay macam MypuffypuffAzhad aku sorang ni...

FYI, Azhad ini memang ada hearing problem.. Tapi pemikiran dia macam anak normal yang biasa... cume tu je kekurangan dia... tp itu bukan masalah dia.. xkan sampai dah masuk sekolah Azhad still nak kena pakai pampers kan... uols rasa cmmane? Ada cikgu2 yang baca blog aku ni rase cmmne?Nak kene handle budak yang still on pampers??????

So, selepas dimarahi oleh doktor sebab dah nak masuk 4 thn still on pampers, so aku ambik keputusan untuk struggle dalam mengajar Azhad supaya dia xpakai pampers. nak kongsila sket doktor ckp kajian dibuat lelaki yang mandul selepas dikaji salah satu sebab adalah pakai pampers lama. Sebab telur dia patut dah berkembang tp terbantut sebab duduk dalam pampers. Panas. hah, ko jah...pe ko rase????????

Mula-mula agak sukar dan aku pun dah putus asa. Sebab Azhad dari kecik sampai 3 thn dia duk ngan pengasuh. Almaklumla nama pengasuhkan..so asuh jela... Start dia masuk Playschool teacher die ajar sebelum mandi kencing dlu.. Mungkin dari situ die tgk kwn2 die buat then die alhamdullilah boleh ikut.

kalau sebelum ini puas aku ajar dia suh kencing... siap nanges2 si Azhad kene paksa kencing...Then bila dia xdgr so maybe dia tak tahu kencing tu cammane...so puaslah ajar tp xjalan...aku pun cam dh putus asa, dgn keje banyak kat opis...sampai la dia masuk skol dia dah blaja so aku start balik potty training dia...

Seminggu aku ulang - alik setiap setengah jam...kadang xpakai seluar pun.. setengah jam aku bawak die p toilet.. pastu cakap kat dia banyak kali nak ssshhhhhhh (Sambil sentuh "pistol" dia), panggil mama (Sambil tapak tangan tepuk dada tunjuk aku mama) pastu tunjuk toilet....kena pakai bahasa isyarat yang dia faham. Azhad tau "ssshhhhhhh" tu kencing..

Tapi waktu malam sekejap je so xnampakla perubahan tu sehingga la tiba hari minggu. 2 hari aku try xpakaikan pampers, Mula dia marah nanges2 nak pakai pampers tapi ku biarkan sahaja begitu. Tak nak pakai pampers, xyah pakai seluar. tapi lama2 dia faham then dia nak pakai seluar aje,...Budak yang hearing lost ni dia banyak tantrum sebab dia xdapat nak cakap pe dia nak dan apa dia xnak..

Tapi biasala kadang terlepas jugak...Hari 1st time hujung minggu tu die kencing dalam seluar..Tapi jgn marah tapi buat kalut2 bawak p toilet. Alhamdullilah. lps tu Azhad bila dia rasa nak kencing dia pun buat2 kalut ajak p toilet..Mana aku tak terkejut dia boleh buat aksi yang sama tanpa dia kencing dalam seluar. Means dia dah faham la kan??????

Ok, time tidur...Nak wat cammane, aku insan biasa... so aku pakaikanla pampers tapi sebelum tu ajak Azhad p toilet dulu. Then baru pakai, tapi pas kena susu sebotol dalam setengah jam lepas tu kejut aku ajak p toilet...dah xnak kencing dalam pampers dah,,,pulakkkkkkkk.... Azhad2...


Tapi yg penting sokongan dari org sekeliling. Contoh kalau hantar tadika/taska kena minta bantuan cikgu yelah dia nak bercakap xboleh so ajak dia cmmane kalau nak kencing.. Cikgu kena bantu. Then, nenek dia pun kene bantu..Tau dah tua xlarat nak mop lantai tapi mmg kene ada sokongan jugak. kalau tak, kan berjaya.


Kla, penatlah menaip ni. nanti iols update lagi pe jadi kat skol dia. hari ini hari 1st die without pampers... tp de la standby jgk pamper time tidur mesti kene pakai. Sampaikan dia dah betul2 ready baru off terus pampers.

Wassalam, bye!!!!

p/s: Dahla baru je beli sekotak pampers......



Comments

Popular posts from this blog

SHOPPING DI WEBSITE OVERSEA

Ujian Audiologi- Penting untuk Elakkan Pelat

Masakan Mr. Suami