Azhad's Solid Food For Out Station

Hi Uols!!
erm..hari ni dh masuk 2 bulan kot xtulis blog..busy sgt....azhad slalu kene ambik lewat dr umh pengasuh gara2 terpaksa balik lewat siapkan keje di opis...

Ok, last 2 months bru balik dr teambuilding. Dapat single room so bwkla si kecik same ngan papa dia...so, mule kte risau cmne nak prepare solid food azhad... Last minit preparation, dptla idea...

1st of all, kene prepare bahan2 yang nk dimakan dan perlu dipurikan (alamak betul ke dipurikan??). Antara bhn yg sempat buat puree adalah kurma, puree lobak, puree pisang, puree mempelam dan mashed potato....beras plak diblend siap2 bgi hancur... So xpayahla ssh2 nak bwk blender kan..so, bahan2 ni disimpan dlm bekas kecik2 supaya senang nak ambik dan smpn dlm mini peti ais kt hotel...kite buat 2 jenis beras tau. 1 beras yg dh dibersihkan then blend dan 1 lg beras yang belum dibersihkan just blend sahaja. So, tgk keadaan 2 jenis beras ni better jgn dibersihkan dulu..Blend siap2 then nk pakai baru bersihkan.

Antara barang keperluan yang kte bawa adalah:

1. Slow cooker (Wajib bawak sbb nak masak bubur)

2. Segala jenis Puree yang dah siap

3. Peralatan makanan (Mangkuk, sudu dll)

4. Penapis (Nak wat tapis beras bila nak basuh)

5. Senduk kecil (Untuk ceduk bubur nanti)

6. Serbuk bilis (Homemade bilis powder okey!!)

7. Air Mineral


Dengan adanya semua peralatan ni, so mulala aktiviti kte lepas solat subuh. Prepare bubur siap2 untuk hari tu then pegila masuk kelas untuk aktiviti Teambuilding. Jgn risau ya, bawak slow cooker masak dalam hotel xde masalah ye...

Bubur bila dah siap dia tak halus sangat. Still nampak lagi ketul2 tapi bolehla...buat betul2 lembik so sng Azhad nak makan nati..bila bubur dh siap, masukla puree2 tu td...mula2 buat bubur dengan kurma + carrot pastu hari kedua bubur dengan carrot + serbuk bilis.


lepas makan, suapla puree pisang sebagai pelawas..huhuu..

p/s: Gambar ada nanti kite update semula...choww!!



Comments

Popular posts from this blog

SHOPPING DI WEBSITE OVERSEA

Ujian Audiologi- Penting untuk Elakkan Pelat

Masakan Mr. Suami